Menu

Wananga landing Wananga landing
Student story

Erwan Dzarin Mar

26 January 2024

Bachelor of Commerce in Marketing, with a minor in Human Resource Management

APPLY NOW

Kenapa kamu memilih untuk datang ke UC?

Saya memilih UC kerana kedudukan yang masyhur dan komitmen yang teguh terhadap kecemerlangan akademiknya. Kampus ini dilengkapi dengan kemudahan bertaraf tinggi yang kondusif untuk pembelajaran, dan lokasinya di bandar Christchurch menawarkan pengalaman yang amat mendalam dari segi kenikmatan keindahan alam semula jadi dan mengenali pelbagai budaya. Di samping itu, Saya juga sering mendengar kisah-kisah menarik dari para graduan dan alumni dari University of Canterbury mengenai betapa hebatnya universiti ini.

Apa yang membezakan pendidikan di UC?

Yang benar-benar membezakan pendidikan di UC adalah sifat mengambil berat yang tulus dan aksesibiliti pensyarahnya. Mereka bukan hanya memiliki kepakaran yang hebat dalam bidang masing-masing, tetapi mereka juga sangat komited kepada kejayaan pelajar. Saya sentiasa berasa amat dihargai dan disokong, serta mudah untuk mencari panduan dan penjelasan. Ia telah menjadikan perjalanan akademik saya menjadi lebih mudah dan menyeronokkan.

Bagaimanakah sistem sokongan untuk pelajar antarabangsa di UC Business School?

Sistem sokongan yang telah ditetapkan oleh UC Business School amatlah luar biasa. Di samping itu, The Internationalisation Team juga sentiasa berusaha lebih, bukan sahaja untuk usaha akademik kami tetapi juga untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di New Zealand. Mereka memupuk rasa komuniti yang membuat kami berasa dialu-alukan, dijaga dengan ikhlas, dan dihargai.

Apakah pendapat anda tentang kehidupan di UC?

Kehidupan di University of Canterbury amatlah menyeronokkan. Saya amat menghargai kualiti pendidikan yang cemerlang dan peluang untuk pembangunan kemahiran, semuanya dalam suasana yang epik di bandar Christchurch ini. Komuniti UC yang terdiri daripada pelbagai bangsa, etnik dan bersifat inklusif, telah mewujudkan interaksi yang bermakna dan memberikan perspektif global, yang benar-benar mewarnai perjalanan saya di New Zealand.

Apa yang paling kamu suka tentang hidup di New Zealand?

Keindahan alam New Zealand amatlah menakjubkan. Dari gunung yang cantik hingga pantai yang bersih serta hutan yang subur, ia layak dinobatkan sebagai nikmat dunia. Saya tertarik dengan pilihan yang tidak terhingga untuk melancong, mendaki, dan meneroka. Masyarakat New Zealand yang mesra dan berbilang budaya benar-benar menyerlah. Secara keseluruhannya, saya gemar dengan penekanan besar oleh Kerajaan New Zealand dalam aspek keseimbangan pekerjaan dan kehidupan sosial rakyatnya.

Bagaimanakah penglibatan dalam kelab di UC memberi manfaat kepada kamu?

Saya memegang jawatan sebagai salah seorang Pengurus Majlis untuk Canterbury Malaysian Students’ Association. Ianya telah memberikan pengalaman yang memuaskan, terutamanya dari segi peluang untuk meluaskan kenalan bersama orang ramai dari negara lain, yang telah meluaskan kesedaran budaya dan kemahiran komunikasi saya. Ia juga sejajar dengan matlamat saya untuk meningkatkan kemahiran kepimpinan dan pengurusan masa, serta membina rangkaian kenalan saya. Kerjasama dengan kelab-kelab lain juga telah membantu saya memperbaiki kemahiran bahasa dan komunikasi saya.

Sejauh manakah anda fikir ijazah anda menyediakan anda untuk kerjaya masa depan anda?

Pendidikan di UC telah menyediakan saya dengan asas yang kukuh untuk kerjaya dalam bidang pemasaran. Ia telah menawarkan gabungan yang seimbang antara pengetahuan teori dan kemahiran praktikal. Peluang yang wujud untuk mendalami mata pelajaran tertentu adalah sangat berharga bagi diri saya. Di samping itu, peluang latihan industri dan hubungan baik universiti bersama industri juga sangat membantu dalam meningkatkan kesediaan kerjaya saya, dan saya yakin dan bersedia untuk mencapai kerjaya yang cemerlang.

Adakah anda akan mengesyorkan UC kepada pelajar antarabangsa yang lain?

Ya, saya amat mengesyorkan University of Canterbury. Reputasi akademik dan variasi program yang ditawarkan teramat baik, dan UC juga sangat mesra terhadap pelajar antarabangsa, menjadikan ia mudah untuk berasa seperti di rumah. Rangkaian hubungan global yang dibina di sini sangat berharga. Saya benar-benar percaya bahawa UC menawarkan pendidikan bertaraf dunia dan pengalaman budaya yang tidak dapat dilupakan. Ia merupakan pilihan yang terbaik untuk pelajar antarabangsa.


Privacy Preferences

By clicking "Accept All Cookies", you agree to the storing of cookies on your device to enhance site navigation, analyse site usage, and assist in our marketing efforts.