Menu

Wananga landing Wananga landing
Student story

Sofiya Mohamad Nizam

26 January 2024

Bachelor of Commerce in Accounting

APPLY NOW

Kenapa anda memilih untuk datang ke UC?

Sejak dari dulu lagi saya mahu belajar di New Zealand, dan apabila saya dapat tahu UniKL membuat Program Pemindahan Ijazah Bersama UC, iaitu salah satu universiti terbaik di New Zealand. Hal ini menyebabkan saya mempunyai keinginan belajar yang  tinggi untuk memasuki UC.

Bagaimanakah pendidikan di UC?

Cara pembelajaran di UC sangat berbeza dengan Malaysia. Struktur kuliah disini membolehkan anda menumpukan pada bidang subjek khusus anda. Ia membantu saya menyelam lebih dalam tentang setiap subjek yang diajar.

Apakah yang anda suka tentang ijazah dan jurusan anda di UC?

Kursus perakaunan mempunyai pelbagai bidang yang membolehkan kita belajar seperti kewangan, percukaian, pengauditan, dan juga undang-undang asas.  Oleh itu, kursus ini mempunyai pelbagai cabang kerjaya yang boleh diceburi. Anda juga boleh memilih untuk menjadi pemilik perniagaan. Lebihan lagi, setiap syarikat memerlukan akauntan. Dengan ini, saya dapat bekerja dalam mana-mana industri. Tugasan kursus perakunan di UC adalah tidak membebankan, jadi saya boleh menguruskan semua kursus saya dengan mudah.

Bagaimanakah sokongan untuk pelajar antarabangsa di UC Business School?

Apabila berada di UC, pelajar tidak perlu risau kerana UC Business School Internationalisation Team sangat membantu. Jika anda mempunyai seribu soalan, mereka akan menjawab setiap soalan dengan teliti. Mereka juga mengadakan sesi pertemuan untuk pelajar antarabangsa, yang membantu saya bertemu orang dari negara lain dan belajar tentang budaya lain. Saya bertemu dengan ramai kawan di sana melalui pelbagai program di UC, salah satunya adalah UniLife. Kami melakukan banyak aktiviti, seperti meluncur ais. Semua orang di UC sangat mesra - kakitangan, pensyarah, dan tidak lupa juga UC Business School Internationalisation Team. Perkara ini, telah memudahkan saya untuk bertemu dengan orang dan mendapatkan bantuan apabila memerlukannya.

Bagaimanakah kehidupan di Christchurch menurut anda?

Di Christchurch terdapat banyak permandangan dan landskap yang cantik. Di sini juga terdapat banyak pantai dan tempat untuk pergi mendaki, dan bandar ini mempunyai banyak muzium, galeri dan kafe,dimana saya suka menerokai pada hujung minggu bersama kawan saya.

Apa yang anda lakukan apabila anda tidak ada kelas?

Apabila tibanya cuti semester, saya suka berjalan-jalan di bumi New Zealand. Saya juga berpeluang menziarahi bandar Queenstown yang mengabil kira-kira 7 jam dari Christchurch. Walaupun ia jauh, namun jauh perjalanan, luas permandangan. Di Queenstown, saya berekesempatan main zipline dan luge yang sangat menyeronokkan. Semasa cuti semester yang lepas, saya pergi ke Wellington untuk Sukan Bersatu, iaitu festival sukan untuk pelajar Malaysia di New Zealand. Saya mewakili kelab Malaysia UC iaitu CMSA dalam acara futsal.

Apakah faedah yang diberikan oleh kerja sambilan anda?

Bekerja sambilan dapat membantu saya memperoleh sedikit pendapatan tambahan. Ia juga membantu saya menjadi lebih berdisiplin dengan masa saya. Saya bersyukur kerana UC menyediakan kuliah rakaman untuk pelajar mengejar pelajaran yang mereka terlepas. Oleh itu, saya tidak terasa beban untuk bekerja sambilan kerana saya tidak perlu risau apabila terlepas kuliah. Saya dapat tengok semula rakaman kuliah saya.

Sebarang nasihat untuk pelajar antarabangsa yang lain?

Pesanan saya adalah, jangan takut untuk menegur orang. Anda tidak boleh selalu mengharapkan orang datang kepada anda, tetapi jangan takut untuk bercakap dengan mereka. Semua orang di UC sangat mesra - kakitangan, pensyarah, internationalization team. Apabila anda memulakan untuk menegur orang ia akan jadi mudah untuk bertemu orang dan mendapatkan bantuan apabila anda memerlukannya.


Privacy Preferences

By clicking "Accept All Cookies", you agree to the storing of cookies on your device to enhance site navigation, analyse site usage, and assist in our marketing efforts.